Thursday 14 December 2017

From A Stranger To Someone Special

Assalamualaikum...

Dah lama tak menjengah ke sini, sempena tarikh hari ini.. 13 December 2017 genap 3 tahun perkahwinan aku bersama husband tercinta :)

So, bersempena 3rd Anniversary ni aku nak buatkan post khas utk ceritakan sikit perjalanan perkenalan kami yang sampai membuatkan  aku yakin giler untuk berkongsi hidup dengan dia.

Bermula pada tahun 2013, aku tak berapa ingat bulan berapa..ada seorang kawan lelaki satu U  dengan aku whatsapp aku. Dia bagitahu ada seorang member dia nak berkawan dengan aku. Masa tu aku memang single. Tak ada kawan lelaki yang rapat pun. Tapi time tu aku baru keje dan belum fikir pun lagi pasal boyfriend dan kahwin. Just fikir nak ronggeng dengan member-member je.hahaha.
So jawapan aku utk kawan aku yang tolong tanya tu aku suruh dia kata "NO" kat member dia. wahahaha..jadi citenya habis sini..

Tahun 2014, masa tu akhir bulan 3.. aku dapat whatsapp dari member lelaki aku yang satu U tu..dia whatsapp lagi dan bagitahu ada member dia nak berkenalan dengan aku. Dan member dia tu adalah mamat yang sama yang sebelum ni dia tanyakan.. Aku pun terus kata "NO" lagi sekali tanpa memikirkan hati mamat tu..hahhahaha....

Beberapa hari lepas tu, aku dapat 1 message wechat dari mamat yang member aku nak kenalkan tu. Dia mula perkenalkan dirinya, Amin. Dengan gentle sekali dia terus nyatakan tujuan dia nak berkenalan dengan aku. Bukan nak kenal saje2.. tapi nak kenal untuk jadikan aku isteri dia. Masa tu aku dah tak tahu nak balas apa. Itu lah kali pertama orang lelaki ajak aku kahwin.hahahaha..
Jadinya, aku pun masa tu ingat dia ni poyo je.. aku terus je suruh dia jumpa parents aku kalau betul2 nak kahwin dengan aku... dan dia setuju weyhhhhhhhh!

Dah dia kata setuju nak jumpa parents aku tu, aku pun gelabah la jugak sbb macam iye2 serius je mamat ni nak ajak kawin..kenal pun tak. Pertengah bulan 5, Amin ajak jumpa utk pertama kali sebelum dia jumpa parents aku. Dia kata kalau lepas jumpa ni aku tak suka dia, so lepas tu tak payah balas message dia. Jadinya, kita org pun berjumpa.. tu pun kat Melaka Sentral.haha.. (bila dah kawen ni, asal gi Melaka mesti kita org buat throwback 1st date dulu..hihi). Masa jumpa tu, Amin bagitahu semua hajat dia pada aku..nak memperisterikan aku seawal cuti sekolah bulan 6. OMG! memang tak la aku setuju kan,haha. Ntah sape2 terus nak kawen secepat tu.. masa tu kepala aku rasa dia ni desperate ke hape?? So dia kata kalau boleh nak cepat..kalau bukan bulan 6, bulan 8 lepas raya. Aku masih blurrrr? Tak tahu nak cakap apa, aku diam je sepanjang dia luahkan semua isi hati dia tu..sampailah dia dah nak naik bas balik semula ke Seremban...

Jadinya, seperti dijanjikan, cuti sekolah penggal pertama tu Amin pun datang ke rumah parents aku. Seorang diri. Sebelum tu aku pun dah siap2 bagitau family aku yang ada kawan lelaki nak datang rumah. Mak abah aku terkejut giler kot dengar aku cakap camtu. Iyelah..sepanjang 25 tahun aku tak pernah cerita pasal kawan lelaki, tup2 ada org nak datang rumah kann..haha..
Amin sampai ngam2 masa nak makan tengahari. So kita org pun makan bersama-sama. Sesi kenal bakal menantu pun bermula. Amin pun bagitahu parents aku pasal niat dia. Kalau parents aku izinkan, dia nak bawak parents dia jumpa parents aku.Sebelum tu, aku dah bagitahu siap2 kat mak aku, kalau dah jumpa Amin nanti dan rasa tak suka dengan dia, terus je cakap tak suka. Sebab aku pun tak kenal Amin dan tak ada perasaan apa-apa kat dia masa tu. So kalau tak jadi kawin sebab parents aku tak suka aku sikit pun tak kecewa la..hihi... Tapi masa Amin minta izinkan nak bawak parents dia jumpa tu bapak aku pun cakap bawak lahhh mak ayah datang....wahhhhhh! green light la kiranya untuk Amin. Tahniahhh awakk


So, cuti sekolah bulan 6 tu parents Amin datang rumah jumpa parents aku. Merisik terus.. masa tu happy je rasa sebab baru rasa macam confirmed! jadi nak kawin walaupun baru merisik.hihi.. Masa merisik tu both family pun discuss nak bertunang bulan 8 time raya.. dan nikah bulan 12.
Alhamdulillah..semua yang dirancang berjalan lancar.. sepanjang tempoh bertunang tu aku dengan Amin pun start berkenalan jugak.. sampailah hari pernikahan kita orang rasa masih tak percaya aku jadi isteri dia sebab baru kenal berapa bulan je terus decide nak kawin.

Tapi, semua tu aturan ALLAH, walaupun Amin tak keluar dalam mimpi istikharah aku, tapi urusan perkahwinan kami dipermudahkan olehNya.. ni pun salah satu yang membuatkan aku yakin dia Mr Perfect aku.hahaha..

Semoga ikatan perkhawinan ini berkekalan hingga Jannah.. semoga rumah tangga ini menjadi keluarga yang sakinah mawardah warahmah selamanya. InsyaAllah...

Untuk suamiku, Muhammad Amin Bin Ahmad... syg ucapkan terima kasih untuk segala usaha dan pengorbanan yang telah dilakukan untuk syg dan Aliah. We love You so Muchh!


Tanda tangan persetujuan jadi isteri Mr Amin hensem :))
Terima mas kahwin 
Penyerahan tanggungjawab seorang bapa kepada suami anak perempuannya..gambar ni pun dah nampak sedih ...

Semoga bahtera rumah tangga kami di limpah rahmat olehNya



Husband and his wife <3










0 comments:

Post a Comment

 

Simple Story of DayahTaslim Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang