Tuesday 20 December 2011

Jenis Test Yang Jarang Ditemui



Pagi tadi aku ada test untuk subjek Environmental Chemistry. open book test. aku datang awal sbb nak amik mood test la konon... dah tunggu dalam 10minit depan kelas sambil borak2 dengan coursemate lain, lecturer pun datang dengan bawak buku jawapan...aku pun mula gementar la sbb nak test kan...

Dalam kelas lepas lecturer edarkan buku jawapan, masing2 sibuk isi ruangan nama dan ic nombor sebagai permulaan...

Tiba je masa kertas soalan untuk diedarkan, tiba-tiba lecturer aku cakap

" soalan untuk test adalah kamu semua kena bina soalan sendiri dan kemudian jawab. peruntukan 20 markah untuk 4 soalan"

hah???! aku seolah-olah tak percaya. ok, aku kena buat soalan sendiri dan jawab sendiri....apakah ini???

So aku pun buat la soalan dan jawapn sendiri. serius aku tak pernah buat test macam ni... so agak terkial-kial jugak lah nak bina soalan tu, selalu terus jawab je kan..

Jadinya aku pun buat soalan yang mudah2 je..hehe.. tapi still masukkan beberapa soalan yang konon-konon mencabar intellegence aku la nak jawab..(tak mencabar pun) haha...sebab aku tahu lecturer aku ni suka soalan yang mula dengan "why?" and "explain"...so aku pun guna dua kata kunci ni untuk membina soalan...hopefully soalan-soalan yang aku buat tu dapat memuaskan hati beliau dan memberikan aku markah yang tinggi. Amin. :))

Friday 16 December 2011

Bagi Tahu Mak Tau...

pergi mana-mana kena bagi tahu mak.
jangan sibuk bagi tahu pakwe
jangan sibuk bagi tahu kawan
tapi lupa nak bagi tahu mak
jangan lah sampai macam ni weyh...

'aku dah bagi tahu pakwe aku dah..tak bagi tahu mak aku pun tak pe' (bengong) 

'aku dah besar kot,boleh je pergi mana-mana aku suka tanpa bagi tahu mak aku'

'ala..malas la aku nak bagi tahu mak aku, nanti mak aku mesti tak bagi pergi pulak'

untuk situasi aku, aku berada pada dialog yang ketiga tu. .aku takut kalau aku cakap aku nak pergi mana-mana yang aku nak sgt pergi, tapi takut mak aku tak bagi..so aku akan fikir dua tiga kali la nak bagi tahu mak aku...

tapi ..sampai sekarang aku tak pernah lagi laa tak bagi tahu mak aku kalau aku nak pergi sesuatu tempat tu. pada aku, adalah kerugian besar seseorang tu kalau dia tak bagi tahu mak dia ke mana dia nak pergi. maksud aku nak pergi ke sesuatu tempat tu contohnya macam nak pergi tempat yang jauh sikit dari kebiasaan.macam nak pergi picnic tepi pantai ke, nak pergi tido rumah kawan abang dia kawin ke, nak pergi bercuti dgn kawan2 ke, nak shopping2 dgn member2 lama ke dan sebagainya..dan tak lupa juga, nak pergi ICT dengan coursemate pun kena cakap jugak ok...hehe

tapi aku tengok sekarang, ramai je yang dah tak amalkan sikap nak bagi tahu mak ni. mungkin dorang fikir dorang dah besar so tak payah bagi tahu pun tak ape...ada jugak yang dah la tak bagi tahu mak, tapi boleh pulak bagi tahu pakwe....*kesian mak tu..untungla pakwe tu..rugi la makwe tu..huhu*

bukan apa, bila kita dah bagi tahu mak kita, secara automatiknya kita dah dapat doa seorang mak tu. dah kalau kita bagi tahu kita nak pergi tempat sekian dengan sipulan, mesti lah dalam hati mak tu dah terdetik sekeping doa *aku tak tahu penjodoh bilangan utk doa* utk keselamatan anak dia...betul tak? ada ke mak yang tahu anak dia nak pergi mana-mana, pastu detik kat hati supaya anaknya ditimpa kesusahan dan malapetaka??? macam tak ade je mak macam ni..mak mana yang tak sayangkan anak weyh..anak tak sayang mak ade ramai la kot...

tak kisah la lepas bagi tahu tu kena bebel ke ape ke, yang penting mak kita tahu dan bila dia tahu dia akan mendoakan untuk kita. kira kita pergi tu bersama iringan doa mak lah...InsyaAllah dengan adanya doa mak tu, segala urusan berjalan dengan extra lancar dan selamat lah..redha mak tu penting.walaupun mak bising2 masa nak pergi tu..=.=

macam kes abang aku, dia nak balik kampung..tapi dia bagi tahu aku tanpa bagi tahu mak aku. so aku bagi tahu lah mak aku dgn harapan supaya bila mak aku tahu dia nak balik kampung, mestilah mak aku akan berdoa supaya perjalanan anak dia tu selamat. ni tak, dia ckp tak payah bagi tahu mak sebab konon2 nak suprise...pada aku, tak payah lah nak suprise2 sgt...kalau mak tak tahu kau balik, so tak ade lah doa mak tu utk perjalanan kau...


*****





***tak kisah la dah besar mana pun kita,sepandai mana pun kita jaga diri, tak salah bagi tahu mak apa jua yang kita buat,sebab doa seorang mak tu bukan lah untuk anaknya ketika masih kecil, tapi untuk sepanjang hayat anak tu***




Tuesday 22 November 2011

aku cantik kau hodoh.hoh!

Siapa kita nak ckp ' kau tu tak cantik', 'kau tu gemuk', 'kau ni hitam lah', 'kau ni banyak jerawat lah'...dan macam-macam lagi. dah la cakap orang tu gemuk, ditambah dengan gedempol lagi, cakap orang tu hitam disertakan dengan legamnya sekali...adoi..double pressure la orang tu woi..

Kita ni sebenarnya siapa??? cuba tanya balik diri kita, kita cantik ni sebab masa dalam perut mak kita dulu kita ni pergi spa ke? kita ke yang shape hidung kita bagi mancung, bulatkan mata kita bagi menawan??? kita ke yang colorkan kulit kita bagi hitam legam??? kita ke yang tanam jerawat-jerawat tu kat muka kita???

Bersyukur lah dengan apa yang Allah dah bagi pada kita. jika ya kita mendapat tubuh badan yang sempurna, rupa paras yang cantik, bersyukurlah. tapi ingat jangan sebab kita cantik, so kita boleh cakap orang tu tak cantik, hitam, ade jerawat ape semua..sebab dia orang pun tak mintak untuk semua tu. mustahil ada orang nak lahir dalam keadaan banyak jerawat bila besar nanti.

Tak adil rasanya kalau kita benci atau tak suka seseorang tu berdasarkan rupa fizikal yang dia miliki. lain lah kalau kita tak suka orang tu sebab pembawakan diri dia. contohnya, 'aku tak suka dia sebab dia tu sumbing' dengan 'aku tak suka dia sebab dia tu berlagak nak mampos sangat'. ada bezanya disini.


***********




Aku pun bukan lah nak cakap aku tak pernah nak cakap orang itu ini, tapi atleast jangan lah sampai menguriskan perasaan orang lain.

Kisah Nabi Jatuh Pengsan Apabila Diberitahu Tentang Neraka


pemberitahuan: petikan ini diambil dari sumber SINI

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibril datang kepada Nabi saw pada waktu yang ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dibesarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu benar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."

Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibril, jelaskan padaku sifat Jahannam."

Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian diteruskan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum niscaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi niscaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan bahangnya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, niscaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, niscaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas bercampur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang lelaki dan perempuan."

Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"

Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yang lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"

Jawab Jibril:

"Pintu yang terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yang kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun, namanya Al-Hawiyah.

Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nashara bernama Sa'eir."

Kemudian Jibril diam, segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"

Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari ummatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibril meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: "Ya Jibril, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?"

Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibril juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.

(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yang Lalai")

p/s - di ambil dari blog rakyat marhaen

**************************************************

** Rasulullah s.a.w sangat risau tentang nasib umatnya, tetapi mengapa tidak kita sendiri yang risau tentang nasib diri kita bagaimana kelak di sana...***

Saturday 15 October 2011

This entry i made when i was thinking of them

Aku rasa kadang-kadang keadaan sekeliling yang membuatkan kita rasa desperate. walaupun pada realitinya, tak lah begitu. faham tak? mesti tak faham kan. aku pun.

Macam ni, aku tengok orang-orang sekeliling aku (kawan/saudara mara) semuanya dah ramai yang mengalami fasa baru dalam hidup mereka. yeah, fasa baru...ada yang sudah mempunyai teman (boyfriend/girlfriend),kemudian dah ada yang bertunang, yang tengah sibuk nak uruskan perkahwinan, malah dah ada yang nak tunggu due date bersalin je. 

Seronok je kan dengar member-member dan saudara mara semuanya dah beralih fasa. Aku??? tak payah cakap la...PSM pun tak habis mengayat lagi. dem!




******

p/s: entry ni TIDAK berbentuk meluahkan perasaan yang terpendam. TIDAK SAMA SEKALI.kihkihkih

Wednesday 5 October 2011

Tajaan Dinner

Alhamdulillah....dinner utk hari ni aku ditaja oleh Aainaa. memang untunglah badan dan perut ada orang belanja kan..haha. kita orang pergi makan di satu tempat yang direkomenkan Pia. nama kedai tu Sekinchan ikan bakar.lokasinya dekat dengan Danga Bay dan berdekatan dengan Tune Hotel. memang sedap lah makanan yang kita orang order..tapi kalau orang lain order tak tahu lah sedap ke tak..hahaha. ok, kita orang order ikan siakap bakar, ikan pari bakar, sotong bakar, kailan bakar,3set nasi lemak dan 3 set nasi putih kosong. air pulak...ummm..macam2 lah yg kita orang minum.aku minum tembikai laici..memang sodapp! glurpp!

[ni lah view restoren sekinchan ni dari meja kita orang,ok lah, bersih dan xramai org sebab baru je bukak]


[ni lah aainaa si pembelanja]


[cube cari mana aku?]





Ohh ye! kenapa Aina belanja??? sebab dia memang suke belanja2 ni..haha. sebenarnya aina ni mase cuti semester dulu dia keje jadi cikgu ganti, so bila dah dapat gaji dia pun belanja lah kita orang..baik kan aina..tengok lah kawan siapa.aina ni kawan saya.. TERIMA KASIH AAINAA ^_^



p/s; pasni aku nak rekomen tempat ni kat abang aku pulak bila dia dah balik malaysia..yeah!

Friday 30 September 2011

Entry Sesaje

Semester ni, aku beruntung sangat sebab setiap hari Jumaat aku tak ada kelas. yeahh! suppose memang ada kelas jumaat iaitu kelas Environmental Chemistry,pukul 8-9am je. satu jam je pun, so kita orang pun minta dianjakkan naik ke hari selasa supaya jumaat kita orang boleh berjimba satu semesta.haha.
double beruntung sebab aku boleh balik kampung dari khamis petang dan balik utm balik ahad petang. waaahh! cuti 3 hari kat rumah tu.. kau ade???

Tapi aku dah buat perhitungan dengan diri aku sendiri, setiap hari jumaat, aku mesti buat PSM aku walaupun sebaris ayat je idea aku yang keluar masa tu.hehe. dan sekarang ni pun aku tengah buat PSM la..(but take 5mins to update this blog). 

Monday 12 September 2011

Permulaan Untuk Sebuah Pengakhiran



Dah 2 hari aku berada di Cambridge  UTM sanjungan bangsa ni. Menjejakkan kaki di tanah UTM untuk status pelajar tahun akhir memang betul2 boleh buat lutut aku lemah tak boleh berdiri.cam tipu je...  Rasanya macam lain je bila dah jadi senior.mungkin boleh dikelaskan kepada super duper senior.hehe. nak rasa otai jap..haha 

Terus terang lah aku cakap, perasaan nak balik u kali ni selepas cuti lama gile tu agak teruja tapi sedikit curiga. curiga bukan sebab apa, curiga dengan kebolehan diri untuk hadapi segala cubaan dan dugaan dalam menempuh ranjau sepanjang jalan *ayat lecturer Real Analysis aku* untuk tahun akhir ni.. Persiapan dari segi barang2 keperluan tak banyak yang aku buat, lebih pada persiapan mental.eceh! 


[ni la bilik aku kat H24 KTF. reality, sepah tapi wangi]

[ni pulak buku2 nota yang aku baru beli kat Rainbow. comel habis kan kan kan =]




Untuk sem 7 ni, aku amik 6 subjek
Aljabar Moden
Analisis Berangka
Kimia & Alam Sekitar
Sosiologi & Profesionalisme Pendidikan
Pengajian Kurikulum
Writing For Specific Purpose

17 Kredit semuanya. so buku2 ni aku beli untuk setiap subjek. eh tapi kenapa 6 subjek aku cuma beli 4??? sebab 2 daripada 6 subjek tu adalah subjek matematik. so aku prefer test pad kalau nak salin notanya. sebab mathematics sangat lah menarik ye kalau tulis di test pad compare dgn buku.haha.that's why la aku just beli untuk 4 subjek yang lainnya.

ngantuk yang amat....

Wednesday 7 September 2011

Peringatan Kepada Yang Suka Bermesej

ceritanya begini. bukan begitu tau.. 
aku ni baru topup. lepas tu aku sangat lah excited nak bermesej dengan orang. tengah mesej, kononye nak taip 
' jadinya kau dah break ke belum ni?' bertukar ' jadinya kau dah berak ke belum ni?'


kawan tu balas. ' apsal kau nak tanya aku dah berak belum?' =.=




****


p/s; please do check your text before sending


Tuesday 16 August 2011

Embah Dalam Kenangan

AL-FATIHAH 



Tanggal 14 Ogos 2011 hari tu, embah (atok) telah meninggal dunia. walaupun pemergian embah ni dah agak dijangka, tapi still rase sedih dan terkejut tu masih ada. agak tersentap jugak lah aku masa mak kejut (sebab aku tengah tido mase tu) bagitahu yang embah dah tak ada. embah meninggal pukul 7.30 am kat rumah pakcik aku dekat Kulai. memang sebelum ni embah dah masuk hospital (HSAJB) dan time ni jugak lah kali terakhir aku jumpe dengan embah. doktor bagi tahu yang embah memang dah tak ada harapan lagi since embah ada kanser pundi kencing dengan kanser tulang. lepas dah diberitahu tu, aku mak dengan abah pun cepat2 siap gi Kulai.

sebenarnya aku agak sayu bila semua ahli keluarga embah dipanggil dengan pak imam untuk kali terakhir melihat arwah. aku tengok, tapi aku tak cium sebab aku rasa sedih. aku tak pernah tengok mana2 orang meninggal sebelum ni, time arwah embah ni lah 1st time aku tengok.aku tengok emak aku cium arwah, aku nak tapi aku sedih.so aku tengok je. =,=

tapi paling aku kesian pada embok(nenek aku). keadaan embok yang dah agak nyanyuk tu sgt menyedihkan. aku sendiri tak tahu sama ada embok betul2 tahu ke tak yang embah dah tak ada. sebab masa semua org pergi kubur, aku duduk dengan embok kat rumah. lepas tu embok tanya aku, "  bapak(maksudnya embah lah) dah balik dari kubur?" aku jadi blurr tak tahu nak jawab ape. pastu aku ckp lah yang embah dah tak ada. dah dikuburkan. kesian embok...tapi aku kena bagitau the fact kan.T___T

tapi kadang2 embok tahu/sedar yang embah dah tak ada. tapi kadang2 lupa lagi.=.=. semalam, kat rumah aku(embok dibawak ke rumah aku), embok tanya emak aku, " bapak bila nak balik dari hospital?"   (aishh...embok ni suke buat orang sayu lah ). pastu macam biasa lah, emak pun bagitahu embok yang embah dah tak ada. dan embok pun kembali sedar akan realiti yang suaminya itu dah meninggal dunia. setiap kali embok lupa, setiap kali tu lah kita org ingatkan. kesian embok T__T

*****

anak sedara aku (suraya,5), lepas sampai je kat rumah aku embok pun dibaringkan lah.suruh rehat. masa tu aku, mak dengan suraya ni. duduk urut2 embok..pastu emak aku pun bagitahu lah suraya, " buyut(embah) dah tak ada dah, dah meninggal". then suraya pun jawab, " ohh buyut dah meninggal..nanti lepas ni embok pulak lah eh"...Ok, sah budak ni dah salah konsep tentang ajal maut ditangan tuhan, tak mengenal tua atau muda, sampai saatnya tak lambat tak cepat pasti kita dijemput oleh Nya.


*****

'Semoga ALLAH Mencucuri Rahmat Keatas Roh Embah (Allahyarham Ahmad B. Kasan)'
-AL-FATIHAH-

Saturday 30 July 2011

boringnyelah hai handphone ni...

baru guna setahun lebih
tapi macam hampeh
sensitip habis
tak boleh guna ganas sikit
mesti nak mati
macam haram
mungkin aku kena jadi lemah lembut lepas ni
=,=

aku tak suke dgn handphone aku skrg
sgtlah menjengkelkan garisan satu tu
benci!

[annoying gile bende alah garisan tu]



[eh ada dua garisan lah!!! yeahh!!!]


mintak2 esok jadi 3 pulak garisan.sukenyeeeuuww!

T___T













p/s; nak blackberry...semua org dah update status kt facebook via Blackberry c(:







Friday 29 July 2011

seems like i've falling in love!

aku rasa aku dah start kena penangan ni balik
penangan yang hampir 4tahun aku tak kena
kini datang balik
konpem lepas ni susah nak buat keje lain
hbislah sem depan aku....
tulah
gatal gi amik cite SECRET GARDEN macam brand shampoo jedgn ipah kenapa
kan dah...

dah mcm penagih dadah dah..
sehari tak tengok cm tak lengkap je hidupkan
LOL



sebenarnye nak cakap yang aku dah fall in love dgn hero dia ni
HYUN BIN binsapepontaktaulah


[gaye macho seorg hero korea yg selama ni aku cari]

[the macho hyun bin is in cute posing. damn!]

**

ok, nak smbung tengok syg hyun bin balik <3







p/s : teringat mase duk hostel, curi2 tengok cite windstruck padahal esok ada exam syariah.

Monday 25 July 2011

Abah

Alhamdulillah...
after another operation last friday, 
now abah aku dah makin ok lah.
but still lagi pakai pampers sbb masalah air kencing yg menitis berterusan.

22/7 hari tu sebenarnya 2nd operation abah,
yang 1st dulu kalau tak silap bulan jun..
rasenye tak sampai 2bln abah dah operate lagi yg 2nd ni.

tapi kali ni, doktor cakap dah tak ada ape yg nak risaukan
batu karang abah yg buat abah rasa sakit selama ni dah dikeluarkan..
manakala(skemanye ayt aku) batu yg ada pada buah pinggang abah tu tak bahaya 
doktor yg cakap la..
tp kalau batu tu ada kat buah pinggang aku, 
aku still risau kot..
=,=

tp abah nmpak tenang je bila doktor bagi tahu cmtu..
hopefully semuanya dah baik-baik aje lah lepas ni..
dah banyak duit kot abah belanje utk operation dua2 tu
tapi tula, orang cakap:

'Duit boleh dicari, Tapi kesihatan mana nak beli'
ye tak???


[abah after the operation]

kesian mak, sampai tertidur mak...


[tgok! tu la batu2 karang abah yg doktor keluarkan]


***semoga kite semua diberikan kesihatan yg berpanjangan, insyaAllah***






Wednesday 13 July 2011

Friday 8 July 2011

konon2 nak letak lagu jugak kan

eh eh ade lagu la blog ni =)
sedapnya lagu dia...
best sgt la...
macam tenang je dgr...
rase cm tgah menari dgn Edward Cullen pun ada.
OK,PERASAN.

*********
yeah! akhirnya blog aku pun ade lagu gak..
tgok blog nazri, jieja dgn najwa..
rase nak letak jugak.
so lagu ni la yg aku letak 
flightless bird, american mouth
hehe..

Thursday 7 July 2011

samosa terhebat.cerita benar

suka makan samosa tak???
aku sukkkkkkkkkkeeeeee sgt kau tau.
aku tak tau la npe aku suke sgt
cam dah jatuh cinta gitu
makan byk2 pun takpe...^_^

jadi, aku pun buat la samosa tu
intinya aku ikut resepi inti epok2 mak aku
sbb aku rase resepi mak aku mmg dah superb rasenya wo
cuma aku tak bungkus ikut epok2 je
aku bungkus cara samosa.

bila try buat ni
baru aku sedar
yg namanya nak bungkus samosa tu payah
mau 2 3 kali gak aku tak jadi 
tapi dah lepas2 tu aku dah tak kisah dah jd ke tak
asal sedap!
tp mmg sedap lagi lazat ahh kan samosa aku ni

[amacam?? ade rupe samosa tak?]

[samosa bersiap sedia utk dijamu]



**entry ni dah lama 'draft', cuma baru skrg publish**

Wednesday 6 July 2011

Tuesday 5 July 2011

entry sekadar meredakan emosi

ding dong!
nak cite pasal JPJ ni.
hari tu gi JPJ bp.
sbb nak tny pasal knp road tax kete bmw kancil yg aku pakai tu xboleh renew
just boleh renew utk 6bulan je..

aku cuma nak bagi tahu..
problem ni dtg dri JPJ sendiri..
sbb kita dah bayar saman yg tahun 2008 punye tapi masih kekal disenarai hitam sampai sekarang 2011
ini dah menimbulkan masalah pd kita bile nak renew roadtax..
sangat la menyusahkan ok!!!
org dah bayar dah la..
knp mst tggu kita yg dtg kat kaunter baru nak kemas kini???
sgt x berbaloi kes aku, 
dr simpang renggam ke taman daya,
1jam perjalanan utk 5min urusan.
dan kerana kesilapan JPJ tu sendiri..
MENYUSAHKAN!
TAK BERBALOI!






*p/s; harap2 benda mcm ni x terjadi lagi...

Monday 27 June 2011

aku SAYANG dia. itu adalah PASTI.

hampir 4tahun kami bersama...
dipertemukan pada December 2007 sehinggalah sekarang...
aku igt lagi, mase tu aku  belaja kat matrik...
bila dpt masuk matrik, baru aku jumpe dia..my baby ni la..hehe
kire dari matrik sampai la skrg aku dan baby bersama...

sepanjang kami bersama, baby xpernah buat hal...
malah dia byk menghiburkan aku...
kami banyak melakukan aktiviti bersama-sama...
dengan dia la aku dengar lagu...
dengan dia jugakla aku tgok cite....
kadang2 sampai 2 3 cite aku tgok...
sampai panas je baby aku...
tapi esoknye, dia cool balik....
baby mmg yg terbaik...
syg baby sgt2..:)

aku ni je yg xreti jage baby baik2...
kalau aku tensen sikit...
baby la yg jd mangsa....
aku layan dia kasar...
pastu..selalu je aku abaikan baby mcm tu je...
kadang2 tu sampai baby sleep...
kesian baby...

tapi sekarang baby mcm dah lain....
dia buat aku geram je...
mungkin dia pun dah jemu dgn aku...
dgn perangai aku yg kalau bersosial mmg xigt dunia...
lama sgt, smpai baby panas....
tapi aku xpaham2 jugak perasaan baby...
sekarang ni, baby dah mula tunjuk protes...
sikit2 merajuk...sikit2 merajuk...
kejap2 nak hitam...kejap2 nak mati...
konon2 senyap je..xnak bagi respon ape2...
kenapa baby????!!!!
kenapa baby buat cmni???
baby tau kan, baby la yg terpenting...
xde baby, mmg haru biru hidup ni b...

tolong la b....
pertahankan lah hubungan kite ni...
jangan la asyik nak tunjuk emosi je..
simpan la dulu niat nak break tu...
xsanggup rasenye nak cari pengganti b...
kalau boleh tunggu la sampai i dah grad nnt..
mase tu b nak merajuk ke, nak break up terus pon i boleh considerkan...
tapi, kalau sekarng ni, mmg i xsanggup b nak pisah dgn b...
i need u..really2 need u b.....
bertahan ok b....love u so much!









p/s : baby's profile:
       name : NNC14110-7F2142
       model : ASPIRE 4920
       brand : ACER

Friday 24 June 2011

mengidam tapi tak mengandung

iye. aku mmg tak mengandung, tapi aku mengidam..hehe. terasa mcm nak makan laksa johor je..dari semalam lagi. semalam aku puasa *eh, rajinnye dayah..* . puasa ganti la..kan dah nak ramadhan kan..kene la ganti yg dulu tuh..saya sudah. anda bila lagi??hehe..

ok, bila aku puase, aku mmg malas gile nak masak, so mak aku la yg masak sorg2 kt dapur, aku pulak duk online je..tgah2 online tu la aku mula rase nak makan laksa johor sbb aku teringat masa praktikal dulu,aku suke makan laksa johor kt kantin sekolah aku tu..sedap wo..so dari situ aku mula terbayang2 keenakan laksa johor..*meleleh air liur beb..*

so, mase dah nak dkt buka tu aku bagitau mak aku yg aku nak laksa johor..pastu mak aku ckp, aku ngidam plak.haha.. malangnye,mak aku ckp yg mak aku tak tahu nak buat laksa johor tu..kalau aku nak, aku buat sendiri..*ni yg aku xgemar ni..*. tapi xpela, aku pun mmg nak makan sgt kan, so aku ckp dgn mak "ok, kite masak, tapi sok kene gi pasar tau mak, mak belikan ikan kembung dgn daun kesum sekali" ..lalu mak aku pun ckp "iyela"...

bile dah ready dgn semua bahan,aku pon dgn penuh tekun mula memasak..sbbkan ni 1st time aku masak laksa, so aku ade la study sikit  cara2nye melalui internet sebelum masuk dapur tu..bukan ape, utk tambahkan pengetahuan..hehe..tambah pulak, mak aku pun xpernah masak laksa ni jugak..

laksa johor ni mmg aku suka..mak aku pon suke..tapi abah je yg xsuke..so aku masak sikit je..just guna 5ekor ikan kembung je.. spaghetti yg aku guna pun xsampai separuh..lagi satu, aku takut xjadi je..hehe

so bila dah  masukkan semua bahan, campur2 semua...ini lah hasilnye. rasenya boleh tahan..mak aku ckp "hah, cmni la yg mak mkn mase kat rumah kak tuty tu (kak tuty tu adalah kawan kakak aku)"..dlm hati aku ckp, kire sedap jugak la laksa aku nih kot..haha..sbb boleh lebih kurg sama dgn org.hehe.


inilah hasil air tangan aku..walaupun xcntik.tp nyum2!!


gaul2 segala macam ats tu..baru la ready utk dimkn..hehe


nyummyyyyyyy.....!!



p/s: ..mkn2 jugak..tajuk psm aku xde lagi nih!..sob..sob..sob..

Wednesday 22 June 2011

Tuesday 21 June 2011

perkara yang paling aku xsuke bila kemas rumah

sebagai perempuan, kita mmg kene kemas rumah..the term 'kemas rumah' utk aku disini termasuk la kemas rumah itu sendiri,menyapu, mengelap2 meja, membasuh baju, membasuh pinggan dan juga memasak...*definisi kemas rumah utk aku aje ok..org lain mungkin berbeza*

sekarang aku nak ckp pasal perkara2 yg aku TAK KURANG SUKA bila aku kemas rumah...

1. bila aku tengah menyapu..ade orang lalu...aku rase habuk2 yg aku dah kumpul tu akan berterbangan berselerakkan kembali di merata tempat..haish.......

2. bila aku dah siap basuh pinggan, tibe2 aku nampak ade lagi cawan or pinggan or gelas or mangkuk or sudu or garpu  yg tibe2 ade kat meja..*padahal sebelum aku basuh tadi aku check dah clear dah semua*...

3. ok..yang ni superb menjengkelkan ye..aku paling xsuke bila aku basuh baju, tup2 baju tu dah siap..ade org jemur dia kat luar(tempat yg xberbumbung,terdedah pada cahaya matahari)..sbb kalau aku, aku akan jemur di bawah bumbung supaya apabila hujan tak perlu la kita nak tergesa2 angkat baju tu..*mst korg ckp aku pemalas kan*..ye..aku mmg pemalas xbpe rajin..tapi semua org pon same jugak..sbb bile hujan, aku yg pemalas xbpe rajin ni jugak la yg angkat baju tu pindahkan kat bawah bumbung..huh!..x rase cm buat keje 2kali ke cmtu??ok..malas nak ckp pasal ni pnjg2...next to no 4!

4. aku xgemar masak bersama (the situation is like there's two captains in a ship)...*please understand well 'memasak bersama'/ 'belajar memasak'/ 'tolong memasak' ok *mksd aku kat sini, kalau mak aku suruh aku masak,ok..just name the menus then i'll cook them..tapi aku xsuke bile mak aku suruh aku masak...tapi mak yg masak..faham x?? *haha, mst xfaham kan*..mksdnye mak aku la yg conquer dapur tu, aku cume diarah utk buat itu dan buat ini...*manenye yg nak suruh aku masak kalau aku cume potong2 sayur je???*


**tapi kalau sedang belajar masak xpe,ni utk kes2 yg aku dah tau masak menu tu sendiri*


adela dulu aku bagitahu mak aku *terlepas ckp sebenarnye* yg aku xsuke kalau aku masak pastu ade org yg nak masak jugak...pastu mak aku ckp 'abes tu besok kalau dah kawin, dgn mak mertua ko mcm mane?'..hehe..nnt dgn mak mertua aku pon sama gak..aku tny dia, nak aku yg masak dan dia tengok tv atau dia yg masak dan aku yg tengok tv..haha* kpd bakal mak mertua, makcik jgn risau...saya adalah menantu yg baik =)..sila promote sy pada ank lelaki mkcik*

5. ok yg kelima ni xde lagi...cuma 4 je yg aku xsuke stakat ni...hehe..nnt kalau aku dah dpt yg kelima tu aku bagitau eh..

BUBBYE!

hari ni aku xmsk sbb mak aku yg masak..see! kan aku dah ckp aku xsuke kongsi dapur..hehe

Thursday 2 June 2011

formspring.me

Ask me whatsoever question, i'll answer it :) http://formspring.me/dayahtaslim

Saturday 21 May 2011

THE MIRACLE I HOPE


pagi tadi, bangun2 tidur je aku check hp ade msg dari sorg member kosmate aku.
'dayah...da cek RA?'
aku check msg delivered pkul 2.11am...*aik gile nak tggu result minah ni*
lepas aku bace msg dia, aku solat.then after tu bru on lappy and check my result out!

dup

dap

dup

dap

dup

dap

jantung berdegup kencang, lebih kencang, lebih gemuruh dari nak gi jumpe bakal mak mertua..
username dimasukkan dgn pantas, password diisi dgn cukup teliti..fakulti di'click' dgn betul...

loading................................



argghh!!..'this web page is not available' pulak.....

button 'F5' ditekan.......

kembali loading semula..........


loading.......


loading.......


loading.......


AIMSWEB > PEPERIKSAAN > SENARAI TAMPAL

mata dibuka dgn perlahan-lahan...cuba mencari perkataan 'ANALISIS NYATA'..

*mata besar*

*mulut xberapa rapat*

*terkedu*

*xpercaya*

aku refresh balik...xpuas hati

benda yg sama keluar....

*bibir menguntum senyuman syukur*

beberapa saat kemudian...'Alhamdulillah'..

TERIMA KASIH ALLAH, KAU MEMBERIKAN AKU KEAJAIBAN INI...



**mungkin pada org lain, keputusan sebegini xmmberi ape2 makna, tapi pada aku ianya cukup bererti.bagaikan suatu keajaiban.umpama seseorg yg menghidap kanser pada peringkat terakhir yg seperti tiada harapan baginya lagi, tetapi mampu sembuh dan hidup tersenyum seperti org lain**



p/s: dear RA, you such a trouble maker for everyone.you keep making people in depressing for the whole semester. and now, we wont meet again.goodbye!!!

oh ya!! x lupa jugak pada result yg lain yg boleh tahan menJENGKELkan jugak tu.terima kasih!

Tuesday 17 May 2011

aku dan sekolah X itu...


 tupp..tupp..tupp.. "bangun semua".."selamat pagi cikgu"..

"selamat pagi.duduk."

tanggal 16 Mei setiap tahun, merupakan HARI GURU.. ye, hari yg juga bakal menjadi hari istimewa aku..sbb aku pon bakal bergelar guru...cehwahh! hahaha.

aku pernah menjadi seorg murid (masa aku sekolah dulu),dan aku jugak pernah menjadi seorg guru (masa aku praktikal)...so aku dah pernah rasa perasaan jd murid dan jd guru...

sempena hari guru hari ni, aku nak share sikit pengalaman aku selama 3bulan mengajar di sekolah tmpat aku praktikal..iaitu..xyalah aku sebut..kita namekan sbgi sekolah X..

first time aku masuk sekolah X ni.....'pergggghhhh!' 'biar betol!' 'cmne ni...' 'alah...' 'xnak...' 'nak sekolah lain...' hmmm..mcm2 keluhan, resahan,penyesalan yg keluar dr minda dan hati aku...sekolah X bukan seperti ape yg aku harapkan..tapi ape nak buat,praktikal harus diteruskan...rileks ahh..3bulan je dayah..sabo2..

***************
ok, kalau kt Cambridge utm boleh la aku nak bangun lambt2 pkul bape pon xde org nak kisah kan, yela, student je, dtg kelas dgr, xnak dgr tido ye x?? tapi kalau jd cikgu dulu, kalau bgun dah pkul 6.50am tu mmg dah kelam kabut gile ah..pergerakan dah boleh same laju dgn kadar halaju peluru dah..ok,cm tipu je kan.tp mmg laju la.semua benda nak cpt, yela, mane nak pkir pasal sign attendance kt pejabat (cikgu praktikal kne tunjuk dtg awl..bru la nmpk bagus),nak pikir kelas stat pukul 7.30am..lesson plan xsiap edit lagi..adoi..mmg sempot ah klu bgun lewat..smpi sekolah nnt jd penat..

ok, mase hari first aku mengajar, cikgu pembimbing aku bagi aku start dr tajuk 9 (trigonometry). mase first day tu, bila aku masuk kelas je, wahhhh!!!! 40 org students wo! ramai gile! semua cina dan india.ini kelas sains.so means kelas pandai la kan..dgr je kelas pndai, so aku pon gelabah la, yela, dak pndai ni mcm2..salah ajar aku yg kene balik..so mmg kne perfect ah preparation dan lesson plan sume.

mule2 masuk kelas tu xde la aku nak trus meluru nak mengajar, so aku pon buat la ice breaking..memandangkan most of the students tu chinese, so agak azab jugak la aku nak menyebut name dorg.fuhh!!,,nak sebut dah azab kan, apatah lagi nak igt...mmg smpi abes pratikal pon aku xigt..haha
dlm mase kenal2 tu, dorg pon mule la tny2 aku gak..aku dr mane, knp aku kt sekolah dorg, umo aku bape..aku dah kawin ke belum.tp ape yg buat aku bengang ni bile dorg xtau ape itu UTM.OMG!!! come on la..uni paling terbaik(teknologi) kot kt malaysia...xkan uolls xtau! siap boleh bagi tau aku, 'sy xpena dgr name itu, xfemes' hoh!!..so, tu dah jd satu hal aku nak terangkan ape itu UTM..xpela..hopefully dorg tau la pasni..oh ya!! xlupe jugak dorg ade gak ckp aku comel la, cute la..hehe..tp xboleh blah bile ade sorg student ni ckp, 'teacher, awk kecil saja, sy lebih besar o'...so what klau u lebih besar???? *SEJUJURNYA kgd2 aku xsuke, sbb students akan igt aku ni lembut, lemah dan ini akan buat aku susah nak dptkan rase hormat dorg pd aku. so please dont jugde me based on my size ok! 

pengalaman mengajar kt sekolah X ni mmg betol2 menguji mental dan fizikal. yela, berhadapan dengan 80 org students(2 kelas) setiap hari..80 karenah yg setiap satunye..ade yg dengar kata, ade yg lawan aku balik, ade yg tido, ade yg xnak belaja, ade yg asyik sikat rambut dkt belakang (mostly girls), ade yg borak2, ade yg psiko( asyik tgok aku je, menakutkan ok!)..mcm2 la klu aku nak cite..

ok, ni antara part sedih yg aku alami kt sekolah X tu. memandangkan aku ni badan xbesar,pendek..pastu muke pon xbpe nak matured..di tambah pulak aku ni cikgu praktikal..mmg pakej ah dak2 sekolah X tu pndang aku dgn siot je..so bile aku masuk kelas(bukan kelas aku, tp aku kena relief dan mengajar), so bila aku masuk, aku tgok meja dgn kerusi tonggang terbalik..then aku pon sruh la sorg chinese boy ni susunkan elok2 meja dgn kerusi tu..tapi kan..tapi kan..tapi kan..dak tu boleh plak kan nak tengking aku.padahal aku ckp dgn nada yg sepatutnya cikgu ckp kot..xdela nak marah2. tp dak tu mmg langsung xrespect aku sebagai cikgu.mase ni mmg aku agak tercabar ahh, sbb bila dia tengking aku tu dak2 lain sume tgok la, dan dah tentu dak tu rase dia 'hero of the class' sbb boleh lawan cikgu ye tak..tp xpe, aku keje mase tu dan kenala professional, so, xnak ikut hati dan darah muda aku*xboleh blah ayt aku, padahal aku takut gak klu dak tu belasah aku*..then, aku pon ulang balik arahan aku kt dak cina tu, mintak tolong supaya meja dan kerusi tu disusun seeloknya, tapi dak tu mmg kuang ajo kurang beradab, dia boleh ckp, 'apa?!!!! sy xmau susun!!'..pastu blah dri kelas tu lalu pintu belakang..saat tu mmg aku rase sakit sgt hati aku.mcm2 aku sumpah dak tu dlm hati..nasib baik la ade dak lain yg tolong susunkn meja tu..tp mood aku mmg dah hilang dah nak ngajar..tp go on jugak la sbb kesian kt dak2 lain (tapi dorg pon bukan nak belaja, aku je yg syok sendiri mengajar)..*mengajar dlm kepiluan*

*****************
cerita diatas adalah satu di antara puluhan kes yg lebih kurang sama kisahnya..cume aku malas nak igt2 balik.parah jiwa aku nnt.. haha

*******
so, kat sini aku nak ckp, sape ckp keje jd cikgu tu senang? meh r try...jgn ckp je.bile dah rase 'keje', bru aku tau, susahnye nak cari duit kan..haha.selama ni aku men sedap je guna, sekali aku keje (walaupun xdpt duit) tp aku tahu la, kepayahannya...sbb tu la skrg aku dah pndai syg duit..hehe

****
pesanan ikhlas aku yg dah rase jd murid dan cikgu; selamat hari guru. hormati lah guru anda, kasihilah murid anda.. (^_*)


Saturday 14 May 2011

KENAPA AKU JOIN XPDC LIANG ?

yuhuu!!! hari ni aku rase aku nak update la blog aku. aku nak cerita sikit banyak pasal disebalik dan pengalaman XPDC Liang yg aku join pada 29-31hb Jan 2011. 

AMARAN: INI ADALAH ENTRY YANG PANJANG BERJELA

ok XPDC ni aku join under SRC UTM..SRC UTM mmg best wo!

firstly, knp aku nak join xpdc ni??? kalau nak ikutkan aku bukan la org yg suka dgn benda2 lasak ni..ok..aku join xpdc ni sebab:
 1. kosmate aku ajak..atas pelawaan dia maka aku join la..
 2. sebab aku pikir aku boleh lupe ex aku...yup! mungkin sbb yg 2nd ni can be considered as main reason..simply, "oohhh kire ko naik gunung sbb frust la ni eh"

yup! mmg pada awlnya aku nk naik gunung sbb yg 2nd tu..aku cuma nak lupakan dia dgn cara melibatkan diri aku dgn pelbagai aktiviti..*kononnya*..but, u know...it wasn't work at all..haha

ok..meh aku cerita apa yg aku dpt sebelum, semase dan juga selepas XPDC...

sebelum:

seminggu sebelum ktorg naik gunung tu, ktorg kena training dulu.jogging satu UTM kau tau! dr tapak Ko-Q pusing2 smpi la bukit belakang FKE, tasik utm, ladang kuda, tasik belakang KRP sume tu aku dah lalu... seriously  aku mcm nak pengsan.aku rase otot2 kaki aku sume cm nak tercabut.. 1st day training tu sebenarnya aku dah rase mcm nak surrender je..aku xyakin dgn kebolehan aku utk mendaki gunung..tapi,tapi, tapi..sebab kedua aku tu lebih kuat dr mental aku, so aku berjaya datang seminggu training tu tanpa miss satu hari pon..wlpun kaki aku dah sakit2 masa tu..(gila kuatnye azam aku kan..LOL)
then mlm before ktorg pergi tu biase la..kms dan packing2 brg.......then zzzzzz..

semasa:

ok, utk pendakian gunung liang ni, ktorg akan berhenti pada 2 check point..first, lubuk hantu and second is 7E(tolong jgn bayangkan 7E yg selalu tu eh,ni 7E dlm hutan punya). sepanjang pendakian ni, aku rasa beruntung sgt sbb dorg2 ni(SRC teams) sgt2 menbantu..mksd aku dorg byk bagi aku semangat dr segi kata2 la..tunggu aku masa aku tgah lepak gila (ada satu kali tu, aku tersadai lepak cm nak mati kt bawah pokok)..bagi aku makanan dan minuman dorg..ouh! i really appreciate it guys! dorg ni mmg xputus2 bg aku kata2 semangat..xhenti2 tny aku 'ok lagi x?' ' boleh lagi x?' 'nak air? '..aku rase terharu..yela, aku bru first time kot join dorg..tp dorg layan best ah..
byk sbnrnya yg aku dpt mase aku nak naik gunung ni..mungkin bg org yg xtry lagi dorg akan ckp 'nak wtpe la naik gunung tu??' 'wtpe la nak susah2 kan diri masuk hutan tu?'..ni sume ayt mak aku ni..sorry mak,hehe.. tp betol la, dulu mase aku xtry lagi naik gunung, aku pon fikir cmtu gak..tp bila dah rse sendiri..Subhanallah...Allah je yg tau perasaan aku bila berada di puncak gunung liang tu..best gila weyh!! xdpt aku nak describe cmne bestnye tu..bayangkan la, setelah penat dan bersusah payah harungi pelbagai halangan, akhirnya disajikan sesuatu yang indah, keindahan alam tu depan mata sendiri weyh! serius aku ckp, mase kt atas tu aku rase aku cm ada dlm filem avatar (aku pon pelik npe aku rase cmtu, mungkin tumbuhan2 yg ade kt atas gunung tu pelik2 dan cntik2)...pastu rase sejuk, rase cm awan tu dekat sgt dgn kita..ahhh..heaven dunia!!! haha..aku malas dah nak taip lebih2, sbb mmg xde words yg boleh describe ke'best'an bila berada di puncak..hehe

di puncak liang west, 1933m dpl..

sampai di check point ke2, pada hari ke2..ni la 7E..



gambar ramai2 dgn mereka2 yg bergelar juara..


ni la yg aku ckp mcm avatar..klu tgok, semua pokok2 disaluti warna hijau..so tu yg jd unik

selepas:

ok..part selepas ni aku xnak cite pnjg2..sbb lepas balik gunung je, kuku ibu jari kaki aku tercabut..OMG! di tambah dgn badan aku lenguh2...sengal2...dan sampai je umah..mak aku bebel2 sbb tgok aku terjungkit2 jalan dan melihatkan kuku aku yg tercabut tu... mak aku ckp 'dah lepas ni xya naik gunung2 lagi' 'org pmpn buat ape nak masuk2 hutan?'..see..mak aku mmg cmtu..btw, i love u mom..haha

ni mase dah balik dr tanjung malim,depan meranti..


lastly, aku nak ckp, persetankan semua pasal ex kita. haha....ok, bukan tu yg aku nak ckp sebenarnya.. aku nak bgtau, jgn kita pandang rendah pd diri kita sendiri..percaya pada kebolehan kita, insyaallah kita mampu melakukan..hadapi semua rintangan dgn sabar, krn di penghujungnya pasti ade ganjaran utk kita..ni la ape yg aku dpt dr XPDC Liang ni..=)

Monday 9 May 2011

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Jika kalian bertiga maka janganlah dua orang (dari kalian) berbisik-bisik tanpa menyertakan teman yang lain, karena hal itu dapat membuatnya sedih." HR. Ad Darimi 2542 (isnadnya shahih)

Saturday 7 May 2011

=,=

malasnye aku nak study telekom malaysia ni....

org lain sume da packing barang..da ade yg balik umah pon....

aku??? masih lagi kene bukak buku.study....

MALAS TAU TAK!!! huh!

Saturday 30 April 2011

:: penangan RA dalam hidup aku ::

sejujurnye aku ckp, xpena aku rase susah gile2 susah sememangnye susah tiada yang susah melainkan yang susah ialah subjek R.A..REAL ANALYSIS. mmg fuckin'susah subjek ni. hahaha
semenjak aku masuk HARVARD UTM, ni la kali pertama aku rse mathematics yg paling susah dikalangan yg susah pena aku belaja. sabo je la...
mule2 sem lagi aku masuk kelas ni aku da dpt rase aura kepayahan dia sbb b4 naik sem 6 ni adela senior cite yg RA ni susah..tp aku igt susah2 cm biase je..cm calculus ke, OR ke, intermediate math ke, DE ke..tapi sekali aku masuk kelas dia...perghhhhhhhhhh! wak luu lu ckp ni susah biase!!!!

SUSAH GILE GABAN SEYHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

serius...aku xpena pon phm ape yg aku belaja psal RA ni..klu setakat chapter 1; mathematical induction tu boleh la aku gagah lagi sbb ade la jugak aku jumpe nombor2 cam 1.2.3..tu..tapi bile dah selak bab 2...mak ai! satu haram no pon aku xjumpe..yg ade ayt memanjang dgn smbol2 ntah ape2 ntah....mati aku kali ni (getus hati aku)....aku da mule pening da sbb nye byk sgt theorem2 yg aku kne prove...semuanya pasal proving...*feveret aku la plak kan* adoi.......sabo je la kak limah..muahahaha

so nak jd cite, study week yg sepatutnye aku spent utk study semua paper, dah tuka jd RA week sbbnye seminggu tu jugak la aku study RA gile2 sbb carried mark aku bukan carried mark lagi da...da jd cried mark da..so aku kne pulun gile2 final...
alhamdullillah...final RA da lepas 25/4, semalam;post ni aku copy dr tumblr aku sebenarnye..jiwa aku da tenang skit..aku da usaha, skarang berserah pada Allah...insyaallah lulus...=)

  
(semangat tuh aku study RA smpi amik gmbo..hehe)

Friday 29 April 2011

no title defined...

syukur alhamdulillah..akhirnye aku berjaya jd coolblogger. wah! excited nak tulis untuk entry seterusnye...haha
 

Simple Story of DayahTaslim Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang