Friday 19 October 2012

profession aku sebelum posting

assalamualaikum.

firstly, i would like to wish congratulation for all UTM graduates who recently had their convocation on 13-17th Oct 2012.including me, happy graduation :)

ok, entry kali ni aku bukan nak cerita pasal konvo, tapi aku nak cerita pasal apa yang aku buat sebelum aku dipostingkan oleh KPM. kalau dengar2 dari mana2 sumber yang entah iya entah tak kepastiannya, aku mungkin akan dipostingkan awal tahun 2013. ini bermakna ada dalam 5 bulan aku akan tak buat apa selepas  tamat belajar bulan 7 lepas.

so, untuk mengisi aku punya kelapangan itu, aku telah menerima tawaran bekerja dengan company abang aku. dia telah menawarkan aku kerja sebagai baby sitter anak dia since dia orang tak ada yang nak jaga. so, aku pun terima. dah start bulan 9 hari tu. kerjanya tak mudah, tapi tak susah. mungkin sebab jaga darah daging sendiri so dah rasa macam anak sendiri (walaupun aku tak pernah rasa cmne ada anak sendiri..lol)..



selain jaga anak2 abang aku (hafiy & maisarah), kerja aku juga kena kemas rumah, basuh baju dan masak. senang cerita jadi surihani rumah laa.... hehe. so bila aku cerita dengan member2 aku ramai cakap aku dah boleh kawin..hewhewhew....

tu kerja bila siang...then, bila malam  pulak, aku keje dekat pusat tuisyen sebagai cikgu dan kerani. kalau hari isnin dengan selasa aku jadi cikgu, then the rest days tu wed-fri aku jadi kerani. kerjanya mudah aje... kalau ada kelas, datang mengajar, kalau tak ada kelas, datang just jage center kot2 ada new student yang nak buat registration ke or ada parents yang nak tanya itu ini...so layan aje mereka2 itu..:))



setakat ni, yang untuk tuition tu aku baru keje bulan oct ni..so gaji first tak dapat lagi...tapi tengah tak sabar jugak la nak dapat gaji..hehe.. ni pun aku tengah update entry kat center ni...hehe.

apa2 pun, aku ucapkan gudluck utk diri aku sebab cuti ni adalah cuti yang pertama aku kerja. sebelum ni, cuti duduk rumah saje. tapi kali ni segalanya berubah disebabkan status single pelajar aku dah berubah. aku bukan pelajar lagi dah...so allowance yang dulu aku dapat sekarang dah tak dapat. pandai2 lah aku nak cari duit...:(




Friday 28 September 2012

Cerita Aussie part 2

selama aku kat melbourne aku berjalan bila weekend je since abang and akak aku kerja kalau weekdays. so untuk first weekend aku kat sana, kita orang pergi main salji kat satu tempat ni nama dia Lake Mountain Alpine Resort. tempat ni kawasan pergunungan dan agak jauh jugak la kalau dari rumah abang aku kat clayton. dalam 2 jam perjalanan. bayaran masuk sini dalam AUD$49 utk satu kereta. manakala barang2 utk bermain salji boleh sewa di kaunter dia... ok aku dah malas nak cerita panjang......

lets pictures do talking!


gambar di atas ni: makan2 sebelum naik ke kawasan gunung untuk main salji...masa ni memang sejuk gila.nak makan pun gigil2 jeee :))


gambar kiri: the snow man and me. 

gambar kanan: peluncur profesional amatur, liha n aku... 
mase meluncur tu rase macam duduk atas upih daun pinang pastu ade orang tarik...sapa yang penah rasa main benda tu masa kecik2..hah macam tu la rase dia..haha

gambar bawah: pemandangan ketika hampir sampai ke tempat main salji.cantek gila.subhannallah!rasenya kalau dah ade sirap dgn susu dalam kereta, dah boleh kot buat abc..salji sepah2!



gambar atas: ready to go! 
gambar kiri : ok yang ni gila berangan konon2 study oversea pastu dah lama gila xbalik kampung. jalur gemilang tu yang make the feel..ala2 perantauan gittew!!

gambar kanan: single shoot! 



Thursday 27 September 2012

Cerita Aussie part 1

ehem ehem...rasanya dah lama aku tak update blog aku. so kali ni aku datang dengan membawa entry 'ole-ole'!!!  (^_^)

ok ceritanya macam ni,, bulan 7 hari tu aku pergi honeymoon  ke Australia. aku pergi sana dalam sebulan lebih jugak la. hah? lamanya eh??? ok2..sebenarnya kat sana ada abang aku yang tengah temankan akak ipar aku study. so sebelum dia orang tu balik malaysia, so aku pun amik peluang utk ke sana. tengok negara orang lah katanya... abang aku tu kat Melbourne, so aku pun berjalan sekitar area2 situ je la..nak ke tempat lain macam perth, gold cost , sydney tu semua lain kali la kot..hehe..

pada mulanya aku plan nak pergi saing dengan kawan aku merangkap adik kepada akak ipar aku, liha. tapi disebabkan dia cuti awal dari aku dan khidmatnya diperlukan segera utk kesana , maka dia pergi dulu. so pada hari kejadian kita org plan nak pergi, aku pergi sorang2. sangat la boring gile since tak ada member yang nak ajak borak dalam flight...sudahnya tidoooo aje. 

aku sampai melbourne dalam pukul 12 malam waktu sana dan waktu malaysia dalam pukul 10mlm gitu laa..
waktu aku gi sana tu tengah musim sejuk..so bila aku sampai tu memang sejuk la..nak say hi kat abang aku pun keluar wap dari mulut macam selalu aku tengok cerita korea kat laptop..hehe..

untuk aktivity berikutnya aku akan update entry lain...dah malam ni rase ngantuk pulak.selamat malam my blog!

Friday 1 June 2012

1st Entry of June

1 Jun 2012. nampaknya dah masuk bulan 6. kalau nak ikutkan perancangan, sampai hujung bulan ni aje aku kat UTM. owh...sedih pulak rasanya tiba-tiba...sob sob sob... sedih nak tinggalkan zaman study, sedih nak berpisah dgn kawan2, sedih nak siapkan PSM..(tetibe pulak kan)..hehe

pejam celik pejam celik, dah 4 tahun aku kat UTM..esok lusa dah boleh angkat kaki dari sini.. tapi rasenya mcm baru semalam aku daftar diri...pakai baju putih siap dengan kain hitam, lengkap seragam untuk pendaftaran. semua tu aku masih segar dalam ingatan aku.... ye masih aku ingat tarikh 28 Jun 2008, aku daftar diri sebagai seorang mahasiswa di UTM. 

sepanjang 4 tahun ni, seriously banyak benda yang dah ajar aku untuk jadi lebih dewase..(cehwah ayat aku poyo gile). kenal dengan ramai kawan yang tiap satunya ada sifat yang tersendiri merupakan antara yang paling terindah pernah jadi dalam hidup aku.. dengan adanya kawan-kawan yang sekepala dengan aku walaupun kadang2 tak sehaluan jugak buat aku lebih menghargai kehidupan kat utm. susah senang  pahit maung buat assignment, sama-sama sengkang mata tak tidur malam semata mata untuk siapkan report dan segala macam tugasan, study group utk test...jalan-jalan ronggeng-ronggeng keliling bandar....ouhhhh sangat sedih rasenya nak tinggalkan semua tu..mana mungkin aku boleh dapat lakukan semua ni time dah keje nanti...

tapi dah memang adat kehidupan, kalau dah berjumpa, pasti ada berpisahnya...sama jugak time nak pisah dengan kawan-kawan mase kat matrik dulu..sedih nak berpisah, tapi kena berpisah jugak..then jumpa kawan-kawan baru kat u, and sekarang ni pun dah nak berpisah...........but, perpisahan ni adalah untuk permulaan bagi kita jumpa dengan kawan-kawan bila kita  kerja nanti..tunggu je la..untung2 boleh jumpa jodoh  ape!haha..

dah malas nak taip.penat.





Saturday 17 March 2012

Update, OSHA, & Pre-Swimming

ASSALAMUALAIKUM CINTA...*terpengaruh dgn trailer filem 7 petala cinta*

rasa macam dah lama aku tak update blog ni.
so malam ni dengan rasa kepenatan yang sgt memalaskan aku untuk berfikir bagi menyempurnakan assignment aku, aku pun update la sikit untuk blog ni.

actually, tak ada benda pun nak diperkatakan disini, cuma nak cerita.....
tadi pagi aku ade Degree ++ untuk course OSHA...
punyalah bosan gile duk dengar lecturer tu cakap je..sbb most of the storiessss yang dia cerita almost 100% tak ade relate dgn aku punya bakal skop kerja nanti..
beliau asyik duk cerita case2 yang berlaku dekat industri kilang2, shipping2, dan yang langsung tak ade kena mengena dgn sekolah...grrr~
OK OK OK! ye,ye...aku pun tak boleh nak salahkan beliau dalam hal ini, sebab beliau mmg seorang yang berpengetahuan luas dlm skop tu dan bukan skop aku,namun tak kan nak salahkan aku..*hOhO*
but it is still ok, take it as general knowledge kan...:))

so dah dalam kebosanan tu, aku dgn kawan2 lain pun duk cite pasal nak gi main air dekat sunway lagoon..*konon2nya*, tapi disebabkan jauh, kita orang pun rancang nak buat pre-swimming (amik konsep pre-wedding) dekat tiram water park (dalam Today's Mall)..lepas tu dah setel bincang kita org dengar balik lecturer tu cakap..=.=

tapi bila dah balik dari OSHA tu, bukak fb. boleh pulak isu pre-swimming tu timbul balik lepas kita org dah usah tiram waterpark punya website...so tgah duk sibuk komen2 fb tu la kita org decide nak gi jam tu jugak..

kita orang tak nak buang masa banyak, terus je packing baju dan bersiap gi sana... sekali sampai sana....terus gi dekat kaunter bayar tiket rm12 untuk dewasa pada hari weekend ye.. dah tu masuk dalam tengok-tengok kanak-kanak ribena je yang ramai mandi...orang dewasanya mungkin kami sahaja.hehehe..tapi lepas tu ade la jugak sekumpulan orang yg agak dewasa masuk situ..

so lepas ni siapa2 yang tertanya aku tentang tiram waterpark tu boleh la aku jawab.."owh tempat tu eh..biase je, sesuai untuk bawak anak2 mandi"....tapi kalau anda berketinggian lebih kurang kanak2, boleh jugak main situ..sbb tempat tu xpuas kalau mmg tujuan nak mandi bagi org dewasa (pendapat aku la)..tapi kalau kanak2, iye.bawalah mereka ke situ dan nantikan ajakan mereka yang berikutnya.^_^

sangat ngantuk~




p/s: sorry , mandi tak bawak kamera..so tak ade gambar ye...

Saturday 14 January 2012

2012 and a few things


Untuk tahun 2012 ni, aku ada beberapa 3 perkara yang aku nak buat...aku just highlight 3 perkara ni je sebab kalau banyak-banyak pun bukan tercapai pun nanti akhirnye..*betol! betol! betol!*...so cerita 3 je dulu untuk tahun ni.

***

 Pertama:

first and foremost, matlamat aku ialah nak jadi seorang insan yang sempurna *nobody's perfect kan* lebih baik. mungkin dengan kata lain ingin menjadi seorang muslimah yang lebih baik dari sebelum ni. dengan kemunculan tahun baru ni, automaticnya umur pun makin bertambah, so bila dah bertambah...sendiri mau ingat lah...macam ayat2 dalam drama selalu sebut, " dah tua tak sedar diri, rumah dah kata pergi, KUBUR dah kata MARI" 



so, dengan adanya azam ni, aku harap aku mampu jadi hamba yang lebih taat kepada Tuhannya, anak yang lebih solehah kepada kedua orang tuanya, kawan yang lebih best kepada member2nya dan rakyat yang lebih patriotik kepada negaranya..hehe... 


Kedua:
untuk perkara yang kedua ialah .., aku nak grad!!!!!!!!!!!! yeah!!!!! 
tak sabar gila aku nak lalui saat-saat ni, amik-amik gambar, baling-baling topi..wow!!! that's must be AWESOME!


kalau ikutkan tempoh masa 4 tahun kursus yang seperti tercatat dalam surat tawaran UTM tahun 2008 dulu, tahun 2012 adalah tahun akhir aku dan bulan 9 adalah bulan dijangka aku grad...wahh!! cant wait for it! :) semoga segalanya berjalan lancar, dan aku boleh grad on time. Amin. 

Ketiga:

the last wish is...aku nak pergi jalan-jalan Australia!!!



 supaya aku boleh amik gambar macam orang bawah ni...hehe




****
so setakat tu je la...semoga apa yang tertulis dalam ni akan menjadi realiti. INSYAALLAH.


 

Simple Story of DayahTaslim Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang