Friday 16 February 2018

LIPSTICK BEST!

Assalamualaikum.

Hi! Dah lama jugak aku tak share something dalam ni. Dah bersawang orang kata.. fuh! fuh!

Okay, untuk kali ni, aku nak share 1 produk gincu yang aku guna hampir setahun. So far aku sangat puas hati dengan kualiti produk tu sbb tanpa pernah mengecewakan aku. :)

Lipstick yang aku nak share ni adalah daripada brand Amoura Cosmetics. Sebuah local brand Malaysia, tapi quality tip top like an international brand!

Untuk lipstick Amoura ni, ada 3 jenis:
1. Friendly Wudhu (Liquid)
2. Waterproof (Liquid)
3. Twist Up Lipstick (Twist)

Review aku utk yang Friendly wudhu ni aku bagi 5/5 bintang penuh!

Kenapa aku puas hati?
1. sebab first time parcel sampai tu aku rasa best tengok saiz dia lebih besar dari lipstick yg aku pernah beli sebelum ni. (dengan harga yang leih kurang sama). so dari segi saiz, aku rasa amoura lagi besar dan berbaloi beli.

2. teksture dia ringan. Dia creamy, so senang untuk sapuan di bibir. tapi sekejap je kering dan jadi matte! Cantek giler weyhhh!

3. Kandungan dalam dia yang ada shea butter, collagen dan Vit E yang buatkan bibir tak kering dan mengelupas. Tu yang penting kan!!

4. Since dia friendly wudhu, so nak remove dia lebih mudah tapi still long lasting. Lepas makan pun still gincu ada lagi.

5. koleksi color dia pun ada 8. So boleh pilih yang mana suka. Aku pakai yang graphite dan mulberry. Cantik dan nampak Yakin! haha


Review yang Kedua, lipstick jenis waterproof.

Okayy, untuk yang waterproof ni, aku punya code Rouge. Kesemua pilihan warna ada 6 pilihan. Warna best-best! waterproof ni aku bagi 5/5 bintang jugak! hahahha

1. Tekstur yang ringan. bila pakai tak rasa pakai gincu. hihi
2. Color yang cantik, senang sapuan, dan waterproof! You makan 5 kali pun still ada lagi tauuu!
3. Kandungan dia ada argan oil, collagen dan vit E untuk rawat sekali bibir kita.

Review yang ketiga! Twist Up Lipstick.
Yang jenis Twist ni aku bagi 4/5!
1. Warna dia ada 5 pilihan. semua lawa-lawa. Rambang mata weyh masa nak beli. Lastly aku beli code Rosewood. Cantik merah dia !
2. Packaging dia aku rasa exclusive dan menarik.
3. Teksture dia agak kering sikit compare another  two lipsticks kat atas tu. but still senang sapuan dan matte cantik!
4. Bau dia best! rasa nak makannnn.
5. Harga dia mahal sikit dari yg 2 atas tu. Tapi jimat la sbb dia jenis solid kan..so calit sikit dan cover satu bibir. hihi.


so far, aku puas hati dengan amoura. So all of you ladies yang nak try lipstick amoura ni boleh lah search atau pun tengok je facebook aku.hihihi.. harga kasih sayangg uols !

Dan utk bulan 3 nanti amoura akan keluarkan 6 warna nude untuk penggemar-penggeram nude color macam aku.hahah..

Terima kasih kerana sudi membaca review aku tentang amoura lipstick ni. Next post i would like to share skin care product from Nutox. Sekarang ni, aku just nak tengok mampu tak aku bertukar cantik macam Fajuraa! haha.. Bye!!




Thursday 14 December 2017

From A Stranger To Someone Special

Assalamualaikum...

Dah lama tak menjengah ke sini, sempena tarikh hari ini.. 13 December 2017 genap 3 tahun perkahwinan aku bersama husband tercinta :)

So, bersempena 3rd Anniversary ni aku nak buatkan post khas utk ceritakan sikit perjalanan perkenalan kami yang sampai membuatkan  aku yakin giler untuk berkongsi hidup dengan dia.

Bermula pada tahun 2013, aku tak berapa ingat bulan berapa..ada seorang kawan lelaki satu U  dengan aku whatsapp aku. Dia bagitahu ada seorang member dia nak berkawan dengan aku. Masa tu aku memang single. Tak ada kawan lelaki yang rapat pun. Tapi time tu aku baru keje dan belum fikir pun lagi pasal boyfriend dan kahwin. Just fikir nak ronggeng dengan member-member je.hahaha.
So jawapan aku utk kawan aku yang tolong tanya tu aku suruh dia kata "NO" kat member dia. wahahaha..jadi citenya habis sini..

Tahun 2014, masa tu akhir bulan 3.. aku dapat whatsapp dari member lelaki aku yang satu U tu..dia whatsapp lagi dan bagitahu ada member dia nak berkenalan dengan aku. Dan member dia tu adalah mamat yang sama yang sebelum ni dia tanyakan.. Aku pun terus kata "NO" lagi sekali tanpa memikirkan hati mamat tu..hahhahaha....

Beberapa hari lepas tu, aku dapat 1 message wechat dari mamat yang member aku nak kenalkan tu. Dia mula perkenalkan dirinya, Amin. Dengan gentle sekali dia terus nyatakan tujuan dia nak berkenalan dengan aku. Bukan nak kenal saje2.. tapi nak kenal untuk jadikan aku isteri dia. Masa tu aku dah tak tahu nak balas apa. Itu lah kali pertama orang lelaki ajak aku kahwin.hahahaha..
Jadinya, aku pun masa tu ingat dia ni poyo je.. aku terus je suruh dia jumpa parents aku kalau betul2 nak kahwin dengan aku... dan dia setuju weyhhhhhhhh!

Dah dia kata setuju nak jumpa parents aku tu, aku pun gelabah la jugak sbb macam iye2 serius je mamat ni nak ajak kawin..kenal pun tak. Pertengah bulan 5, Amin ajak jumpa utk pertama kali sebelum dia jumpa parents aku. Dia kata kalau lepas jumpa ni aku tak suka dia, so lepas tu tak payah balas message dia. Jadinya, kita org pun berjumpa.. tu pun kat Melaka Sentral.haha.. (bila dah kawen ni, asal gi Melaka mesti kita org buat throwback 1st date dulu..hihi). Masa jumpa tu, Amin bagitahu semua hajat dia pada aku..nak memperisterikan aku seawal cuti sekolah bulan 6. OMG! memang tak la aku setuju kan,haha. Ntah sape2 terus nak kawen secepat tu.. masa tu kepala aku rasa dia ni desperate ke hape?? So dia kata kalau boleh nak cepat..kalau bukan bulan 6, bulan 8 lepas raya. Aku masih blurrrr? Tak tahu nak cakap apa, aku diam je sepanjang dia luahkan semua isi hati dia tu..sampailah dia dah nak naik bas balik semula ke Seremban...

Jadinya, seperti dijanjikan, cuti sekolah penggal pertama tu Amin pun datang ke rumah parents aku. Seorang diri. Sebelum tu aku pun dah siap2 bagitau family aku yang ada kawan lelaki nak datang rumah. Mak abah aku terkejut giler kot dengar aku cakap camtu. Iyelah..sepanjang 25 tahun aku tak pernah cerita pasal kawan lelaki, tup2 ada org nak datang rumah kann..haha..
Amin sampai ngam2 masa nak makan tengahari. So kita org pun makan bersama-sama. Sesi kenal bakal menantu pun bermula. Amin pun bagitahu parents aku pasal niat dia. Kalau parents aku izinkan, dia nak bawak parents dia jumpa parents aku.Sebelum tu, aku dah bagitahu siap2 kat mak aku, kalau dah jumpa Amin nanti dan rasa tak suka dengan dia, terus je cakap tak suka. Sebab aku pun tak kenal Amin dan tak ada perasaan apa-apa kat dia masa tu. So kalau tak jadi kawin sebab parents aku tak suka aku sikit pun tak kecewa la..hihi... Tapi masa Amin minta izinkan nak bawak parents dia jumpa tu bapak aku pun cakap bawak lahhh mak ayah datang....wahhhhhh! green light la kiranya untuk Amin. Tahniahhh awakk


So, cuti sekolah bulan 6 tu parents Amin datang rumah jumpa parents aku. Merisik terus.. masa tu happy je rasa sebab baru rasa macam confirmed! jadi nak kawin walaupun baru merisik.hihi.. Masa merisik tu both family pun discuss nak bertunang bulan 8 time raya.. dan nikah bulan 12.
Alhamdulillah..semua yang dirancang berjalan lancar.. sepanjang tempoh bertunang tu aku dengan Amin pun start berkenalan jugak.. sampailah hari pernikahan kita orang rasa masih tak percaya aku jadi isteri dia sebab baru kenal berapa bulan je terus decide nak kawin.

Tapi, semua tu aturan ALLAH, walaupun Amin tak keluar dalam mimpi istikharah aku, tapi urusan perkahwinan kami dipermudahkan olehNya.. ni pun salah satu yang membuatkan aku yakin dia Mr Perfect aku.hahaha..

Semoga ikatan perkhawinan ini berkekalan hingga Jannah.. semoga rumah tangga ini menjadi keluarga yang sakinah mawardah warahmah selamanya. InsyaAllah...

Untuk suamiku, Muhammad Amin Bin Ahmad... syg ucapkan terima kasih untuk segala usaha dan pengorbanan yang telah dilakukan untuk syg dan Aliah. We love You so Muchh!


Tanda tangan persetujuan jadi isteri Mr Amin hensem :))
Terima mas kahwin 
Penyerahan tanggungjawab seorang bapa kepada suami anak perempuannya..gambar ni pun dah nampak sedih ...

Semoga bahtera rumah tangga kami di limpah rahmat olehNya



Husband and his wife <3










Sunday 12 March 2017

CENDOL BEST MUAR

Assalamualaikum...

Dah lama x menulis (menaip) kat dalam ni.. So hari ni aku nak share satu tempat favorite  aku dan suami untuk minum2 petang. Atau selalu aku cakap tempat ngonyel-ngonyel . hehe...

Aku ni sekarang kalau hujung minggu je dah x reti nak duduk diam kat rumah. Ade je nak pergi situ la..sini la.. So tempat yang selalu menjadi kunjungan aku ialah Chendol Haji Ali (CHA Heritage). Cendol kat sini memang antara yang Thorrbaekkk! Macam-macam jenis cendol ade..best! cendol durian, cendol cempedak, cendol jagung, cendol pulut, cendol kacang, cendol mangga dan lain2.hahaha.

Paling aku suka cendol durian. walaupun bukan durian yang seulas-seulas tu, tapi durian cedok dia mmg besar dan puas hati. lepas tu durian dia rasa pahit-pahit sikit mmg awesome! Aliah pun suke minum cendol! haha.

So siapa yang rasa tercari-cari cendol yang best boleh try pergi Chendol Haji Ali, lokasinya kat Bakri. Boleh guna google map kalau tak tahu jalan. Kedainya kat bangunan baru.

siap tapau lagi! cendol cempedak





Friday 3 February 2017

Surprise Untuk Yang Tersayang

Assalamualaikum.


Entri kali ni khas aku tujukan buat suamiku yang tersayang. Sempena birthday dia yang ke 28. Sebenarnya birthday dia 24hb Januari hari tu, tapi hari ni baru sempat nak buatkan entrynya.

Aku ni sebenarnya tak tahu dah nak bagi apa hadiah yang best untuk suami aku. Nak bagi baju dah pernah bagi, jam tangan pun sudah...perfume pun sudah.. so tahun ni aku decide nak bagi surpriseeeeee! hihi...

Beberapa hari sebelum birthday dia, aku try la google mana2 event planner yang ada kat area Muar..memandangkan aku duk muar kan..kalau nak buat kat Jb mmg lambat sgt. So aku try cari kat Fb, then jumpa lah satu event planner ni nama dia SAM Eventplanner (sape2 yg duk area muar,melaka, Bp boleh la try).

Mulanya aku ingat nk buat surprise delivery siap dgn beberapa orang crew yang boleh datang dengan menyanyi2 sekali. Tapi tak boleh sbb crew dorang tak ada time tarikh tu. So just delivery je ( kek, belon, wish card, coklat). Aku pun setuju dan deal utk delivery kat Secret Recipe Muar...pada tarikh 24th tu..

Tapi...........sayang sgt. Tarikh 24th tu suami aku pulak tak free sbb dia kena hantar nenas kat Jb. Aku pulak seboleh2 nak dia sampai Muar sebelum maghrib sbb dah janji delivery surprise tu pukul 8.30 mlm. Tapi tu la..asyik suruh balik awal je..dia pun jadi pelik.. so last2 aku bagitau la jugak kenapa aku nak sgt dia balik sebelum mahgrib... aku cakap yg aku dah booking table kat SR dan dah bayar (padahal aku tak book pun😂)..dia pun marah aku sebab memandai2..huhu.

So tarikh 24th tu kira kita org  tak pergi pun.. aku pun dah call SAM eventplanner tu minta tukar tarikh esoknye.

Tarikh 25th tu la..aku ajak suami pergi makan kat SR. Kononnye utk sambut semalam yg tak jadi. Sampai SR, dia tak syak ape2 pun. Masuk dan terus duduk. Kita orang pun order macam biasa..

Tengah2 tunggu order, datang lah sorang crew SAM eventplanner tu dengan belon dan coklat masuk ke SR...then crew SR pun datang bawak kek siap lilin bagai..(aku pun tak sangka).. ramai2 nyanyi lagu happy birthday. Muka suami aku dah terpinga2 dan muka malu2 bercampur terkejut.hahahahhahaha

Kesimpulannya...kira menjadi jugak lah surprise aku walaupun dia kata dia dah boleh agak.. elehhh..padahal dia tak sangka tu..hahaha.

P/s : i love u❤


 

Simple Story of DayahTaslim Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang