Friday 3 February 2017

Surprise Untuk Yang Tersayang

Assalamualaikum.


Entri kali ni khas aku tujukan buat suamiku yang tersayang. Sempena birthday dia yang ke 28. Sebenarnya birthday dia 24hb Januari hari tu, tapi hari ni baru sempat nak buatkan entrynya.

Aku ni sebenarnya tak tahu dah nak bagi apa hadiah yang best untuk suami aku. Nak bagi baju dah pernah bagi, jam tangan pun sudah...perfume pun sudah.. so tahun ni aku decide nak bagi surpriseeeeee! hihi...

Beberapa hari sebelum birthday dia, aku try la google mana2 event planner yang ada kat area Muar..memandangkan aku duk muar kan..kalau nak buat kat Jb mmg lambat sgt. So aku try cari kat Fb, then jumpa lah satu event planner ni nama dia SAM Eventplanner (sape2 yg duk area muar,melaka, Bp boleh la try).

Mulanya aku ingat nk buat surprise delivery siap dgn beberapa orang crew yang boleh datang dengan menyanyi2 sekali. Tapi tak boleh sbb crew dorang tak ada time tarikh tu. So just delivery je ( kek, belon, wish card, coklat). Aku pun setuju dan deal utk delivery kat Secret Recipe Muar...pada tarikh 24th tu..

Tapi...........sayang sgt. Tarikh 24th tu suami aku pulak tak free sbb dia kena hantar nenas kat Jb. Aku pulak seboleh2 nak dia sampai Muar sebelum maghrib sbb dah janji delivery surprise tu pukul 8.30 mlm. Tapi tu la..asyik suruh balik awal je..dia pun jadi pelik.. so last2 aku bagitau la jugak kenapa aku nak sgt dia balik sebelum mahgrib... aku cakap yg aku dah booking table kat SR dan dah bayar (padahal aku tak book pun😂)..dia pun marah aku sebab memandai2..huhu.

So tarikh 24th tu kira kita org  tak pergi pun.. aku pun dah call SAM eventplanner tu minta tukar tarikh esoknye.

Tarikh 25th tu la..aku ajak suami pergi makan kat SR. Kononnye utk sambut semalam yg tak jadi. Sampai SR, dia tak syak ape2 pun. Masuk dan terus duduk. Kita orang pun order macam biasa..

Tengah2 tunggu order, datang lah sorang crew SAM eventplanner tu dengan belon dan coklat masuk ke SR...then crew SR pun datang bawak kek siap lilin bagai..(aku pun tak sangka).. ramai2 nyanyi lagu happy birthday. Muka suami aku dah terpinga2 dan muka malu2 bercampur terkejut.hahahahhahaha

Kesimpulannya...kira menjadi jugak lah surprise aku walaupun dia kata dia dah boleh agak.. elehhh..padahal dia tak sangka tu..hahaha.

P/s : i love u❤


0 comments:

Post a Comment

 

Simple Story of DayahTaslim Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang