Saturday 17 March 2012

Update, OSHA, & Pre-Swimming

ASSALAMUALAIKUM CINTA...*terpengaruh dgn trailer filem 7 petala cinta*

rasa macam dah lama aku tak update blog ni.
so malam ni dengan rasa kepenatan yang sgt memalaskan aku untuk berfikir bagi menyempurnakan assignment aku, aku pun update la sikit untuk blog ni.

actually, tak ada benda pun nak diperkatakan disini, cuma nak cerita.....
tadi pagi aku ade Degree ++ untuk course OSHA...
punyalah bosan gile duk dengar lecturer tu cakap je..sbb most of the storiessss yang dia cerita almost 100% tak ade relate dgn aku punya bakal skop kerja nanti..
beliau asyik duk cerita case2 yang berlaku dekat industri kilang2, shipping2, dan yang langsung tak ade kena mengena dgn sekolah...grrr~
OK OK OK! ye,ye...aku pun tak boleh nak salahkan beliau dalam hal ini, sebab beliau mmg seorang yang berpengetahuan luas dlm skop tu dan bukan skop aku,namun tak kan nak salahkan aku..*hOhO*
but it is still ok, take it as general knowledge kan...:))

so dah dalam kebosanan tu, aku dgn kawan2 lain pun duk cite pasal nak gi main air dekat sunway lagoon..*konon2nya*, tapi disebabkan jauh, kita orang pun rancang nak buat pre-swimming (amik konsep pre-wedding) dekat tiram water park (dalam Today's Mall)..lepas tu dah setel bincang kita org dengar balik lecturer tu cakap..=.=

tapi bila dah balik dari OSHA tu, bukak fb. boleh pulak isu pre-swimming tu timbul balik lepas kita org dah usah tiram waterpark punya website...so tgah duk sibuk komen2 fb tu la kita org decide nak gi jam tu jugak..

kita orang tak nak buang masa banyak, terus je packing baju dan bersiap gi sana... sekali sampai sana....terus gi dekat kaunter bayar tiket rm12 untuk dewasa pada hari weekend ye.. dah tu masuk dalam tengok-tengok kanak-kanak ribena je yang ramai mandi...orang dewasanya mungkin kami sahaja.hehehe..tapi lepas tu ade la jugak sekumpulan orang yg agak dewasa masuk situ..

so lepas ni siapa2 yang tertanya aku tentang tiram waterpark tu boleh la aku jawab.."owh tempat tu eh..biase je, sesuai untuk bawak anak2 mandi"....tapi kalau anda berketinggian lebih kurang kanak2, boleh jugak main situ..sbb tempat tu xpuas kalau mmg tujuan nak mandi bagi org dewasa (pendapat aku la)..tapi kalau kanak2, iye.bawalah mereka ke situ dan nantikan ajakan mereka yang berikutnya.^_^

sangat ngantuk~




p/s: sorry , mandi tak bawak kamera..so tak ade gambar ye...

0 comments:

Post a Comment

 

Simple Story of DayahTaslim Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang