Tuesday 16 August 2011

Embah Dalam Kenangan

AL-FATIHAH 



Tanggal 14 Ogos 2011 hari tu, embah (atok) telah meninggal dunia. walaupun pemergian embah ni dah agak dijangka, tapi still rase sedih dan terkejut tu masih ada. agak tersentap jugak lah aku masa mak kejut (sebab aku tengah tido mase tu) bagitahu yang embah dah tak ada. embah meninggal pukul 7.30 am kat rumah pakcik aku dekat Kulai. memang sebelum ni embah dah masuk hospital (HSAJB) dan time ni jugak lah kali terakhir aku jumpe dengan embah. doktor bagi tahu yang embah memang dah tak ada harapan lagi since embah ada kanser pundi kencing dengan kanser tulang. lepas dah diberitahu tu, aku mak dengan abah pun cepat2 siap gi Kulai.

sebenarnya aku agak sayu bila semua ahli keluarga embah dipanggil dengan pak imam untuk kali terakhir melihat arwah. aku tengok, tapi aku tak cium sebab aku rasa sedih. aku tak pernah tengok mana2 orang meninggal sebelum ni, time arwah embah ni lah 1st time aku tengok.aku tengok emak aku cium arwah, aku nak tapi aku sedih.so aku tengok je. =,=

tapi paling aku kesian pada embok(nenek aku). keadaan embok yang dah agak nyanyuk tu sgt menyedihkan. aku sendiri tak tahu sama ada embok betul2 tahu ke tak yang embah dah tak ada. sebab masa semua org pergi kubur, aku duduk dengan embok kat rumah. lepas tu embok tanya aku, "  bapak(maksudnya embah lah) dah balik dari kubur?" aku jadi blurr tak tahu nak jawab ape. pastu aku ckp lah yang embah dah tak ada. dah dikuburkan. kesian embok...tapi aku kena bagitau the fact kan.T___T

tapi kadang2 embok tahu/sedar yang embah dah tak ada. tapi kadang2 lupa lagi.=.=. semalam, kat rumah aku(embok dibawak ke rumah aku), embok tanya emak aku, " bapak bila nak balik dari hospital?"   (aishh...embok ni suke buat orang sayu lah ). pastu macam biasa lah, emak pun bagitahu embok yang embah dah tak ada. dan embok pun kembali sedar akan realiti yang suaminya itu dah meninggal dunia. setiap kali embok lupa, setiap kali tu lah kita org ingatkan. kesian embok T__T

*****

anak sedara aku (suraya,5), lepas sampai je kat rumah aku embok pun dibaringkan lah.suruh rehat. masa tu aku, mak dengan suraya ni. duduk urut2 embok..pastu emak aku pun bagitahu lah suraya, " buyut(embah) dah tak ada dah, dah meninggal". then suraya pun jawab, " ohh buyut dah meninggal..nanti lepas ni embok pulak lah eh"...Ok, sah budak ni dah salah konsep tentang ajal maut ditangan tuhan, tak mengenal tua atau muda, sampai saatnya tak lambat tak cepat pasti kita dijemput oleh Nya.


*****

'Semoga ALLAH Mencucuri Rahmat Keatas Roh Embah (Allahyarham Ahmad B. Kasan)'
-AL-FATIHAH-

4 comments:

  1. salam takziah dari aku..
    Al-Fatihah

    ReplyDelete
  2. al-fathihah..
    tabahlah yek..

    ReplyDelete
  3. alfatihah.
    tapikan kelakar suraya tu ckp camtu =_=!!

    yang hidup pasti akan mati. al fatihah

    ReplyDelete
  4. al fatihah..takziah dr ak..ak pon dh kehilngan arwah nenek ak..dua taun lepas..so, pasnie mmg jrg ak blik johor..huhuhu..

    ReplyDelete

 

Simple Story of DayahTaslim Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang